London: Persoalan sama ada Diego Costa akan mengetuai serangan Chelsea buat kali pertama untuk perlawanan di Old Trafford yang dianggap laporan ‘terlalu awal’ oleh Jose Mourinho menjelang pertembungan dua pasukan itu.

Jika penjaring terbanyak bersama Liga Perdana Inggeris (EPL) itu cukup cergas, dia akan beraksi hari ini.

Tidak terdapat sebarang jangkaan menyenaraikannya menghadapi perlawanan itu ketika mereka lebih mementingkan persiapan pasukan berdepan perlawanan lain beberapa minggu selepas itu.

“Saya tidak mempertahankan pemain saya sebelum perlawanan menentang Man United melainkan dia tidak boleh beraksi,” kata Mourinho.

“Jika terdapat sebarang peluang bermain, Old Trafford bukan tempat mempertahankan pemain memandangkan ia adalah tempat menurunkan pemain yang mahu beraksi dan bersedia untuk bermain. Jika Diego bersedia bermain, sudah pasti dia akan bermain.

“Saya masih tidak tahu siapa boleh diturunkan,’ kata pengurus terbabit, menyatakan Ramires serta John Mikel Obi bersama Costa mempunyai peluang tipis kembali beraksi.

“Biasanya, dua hari sebelum perlawanan, saya sudah tahu senarai pemain pasukan tanpa sebarang keraguan kerana segala-galanya jelas dalam fikiran saya. Sekarang saya perlu banyak berbincang dan mengumpul maklumat sebelum membuat membuat keputusan”.

Kehadiran Costa akan ditentukan pada sesi latihan terakhir di Cobham sebelum pasukan berkunjung ke utara.

“Dia perlu berlatih tanpa sebarang had, membuat latihan lengkap bersama pemain lain tanpa perlu perlindungan,” kata Mourinho mengakui United pencabar serius.

“Saya tidak berminat memikirkan siapa akan diturunkan dalam kesebelasan United dan siapa akan memanaskan bangku simpanan.”

The Blues berdepan perlawanan itu selaku pendahulu liga dengan kelebihan 10 mata di depan United dan lima mata dengan Man City.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Oktober 2014 @ 5:01 AM