BABAK romantik Rodriguez bersama Diesel dalam filem ini.
Rodriguez ketika menjayakan salah satu babak bersama Walker.
BARISAN pelakon ketika menjayakan majlis mempromosikan filem ini yang berlangsung di Hollywood, California, baru-baru ini.
Oleh Ramlah Zainal
ramlah@hmetro.com.my


Dia bukan sekadar bersandarkan wajah eksotik dengan tubuh seksi di layar perak, sebaliknya bakat pelakon keturunan Latin, Michelle Rodriguez, 36, lebih daripada itu.

Bakat pemilik nama sebenar Mayte Michelle Rodriguez ini mula meraih perhatian ramai menerusi filem Girlfight pada 2000 dan karya sains fiksyen Avatar arahan James Cameron.

Antara filem lain lakonannya ialah Resident Evil: Retribution, S.W.A.T, Machete dan Battle: Los Angeles. Tidak ketinggalan, wataknya sebagai Ana Lucia Cortez dalam siri TV, Lost.

Nama pelakon kelahiran Bexar County, Texas, Amerika Syarikat ini terus meniti di bibir peminat menerusi francais filem aksi terkenal, The Fast & Furious terbitan Universal Pictures pada 2009.

Terbaru, dia mempertaruhkan lakonannya dalam filem sekuel ketujuh Fast & Furious arahan pengarah kelahiran Malaysia, James Wan yang diterajui Vin Diesel, Paul Walker, Dwayne Johnson, Jordana Brewster dan Jason Statham.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 April 2015 @ 5:01 AM