ANTARA ganja yang dirampas. FOTO ihsan Polis
Oleh Shamsul Munir Safini

Kangar: Sejumlah 103 ketulan mampat ganja dianggarkan bernilai RM185,400 dirampas Unit Pencegahan dan Penyeludupan (UPP) Kuala Perlis di Bukit Batu Putih, Kampung Padang Cina di sini, semalam.

Komander UPP negeri, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali, berkata, kesemua dadah berkenaan ditemui dibungkus dengan plastik hitam sebelum diletakkan di atas bukit di situ kira-kira 5.30 petang semalam.

Katanya, tiada tangkapan dibuat sejurus penemuan berenaan namun siasatan tetap dilakukan bagi mengesan mereka yang bertanggungjawab.

Menurutnya, kesemua dadah bekenan kemudian dibawa ke Kompleks UPP Kuala Perlis bagi tindakan selanjutnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39b Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 2:59 PM