Oleh Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my


Sepang: Wanita warga Pakistan ditahan dipercayai cuba membawa masuk dadah jenis Methamphetamine anggaran berat 6.064 kilogram (Kg) bernilai RM1.15 juta disorokkan dalam 25 pelapik kusyen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 Mac lalu.

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, wanita berusia 50 itu ditahan di KLIA sebaik tiba dari Lahore, Pakistan jam 11 pagi pada hari berkenaan.

Menurutnya, hasil imbasan bagasi dibawa wanita itu mendapati imej mencurigakan dan pemeriksaan lanjut dilakukan.

"Terdapat 25 pelapik kusyen pelbagai corak dan warna ditemui. Hasil pemeriksaan mendapati pelapik itu mengandungi serbuk kristal jernih putih jenis Methamphetamine.

"Hasil tenunan di pelapik kusyen itu dijahit dengan rapi dan teliti bagi mengelak dikesan pihak berkuasa," katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 12:17 PM