AZMI menunjukkan gambar hidungnya berdarah.
Oleh Fuad Hadinata Yaacob
hadinata@hmetro.com.my


Shah Alam: “Sebenarnya apa yang didakwa mereka (kumpulan gadis itu) tidak benar malah saya berani bersumpah dengan nama Allah SWT saya ditendang dan dipukul dulu,” kata Azmi Mat Mokhtar, 54, pemandu teksi yang terbabit dalam insiden pertengkaran membabitkannya dengan sekumpulan gadis.

Kejadian jam 3 petang, Ahad lalu, berhampiran Seksyen 7 di sini, sempat dirakam sebelum video pergaduhan itu menjadi viral di laman sosial.

Video kejadian itu yang berdurasi kira-kira dua minit menunjukkan kecederaan yang dialami gadis berkenaan serta pemandu teksi terbabit.

Azmi berkata, dia sedih dan terkilan selepas dituduh bertindak secara melulu.

Katanya, pada hari kejadian, dia bersama isteri dalam perjalanan menemui anak saudaranya yang belajar di sebuah universiti di sini.

“Kereta dinaiki kumpulan gadis itu dipandu dalam keadaan tergopoh-gapah sebelum bergesel dengan bahagian hadapan teksi saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 8:11 AM