KUIH talam sedia dinikmati.
1. TUMIS bawang putih dan bawang merah hingga naik bau sebelum memasukkan cili merah.
2. SELEPAS bahan menumis naik bau, masukkan daging cincang dan biarkan seketika.
3. KEMUDIAN masukkan udang segar dan biarkan hingga masak serta naik bau.
4. MASUKKAN lada hitam, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
5. AKHIR sekali masukkan bawang goreng serta daun sup dan daun bawang. Biarkan hingga sebati sebelum api dimatikan.
6. MASUKKAN tepung beras, tepung gandum, tepung jagung dan garam untuk membuat kuih talam. Kemudian, kacau hingga sebati menggunakan pemukul telur.
7. KEMUDIAN, masukkan santan dan air serta kacau hingga sebati.
8. TAPIS semua bancuhan dan asingkan.
9. TUANG bahan adunan tadi ke dalam loyang yang sudah disapu minyak atau dilapik plastik.
10. TABURKAN separuh bahagian bahan inti ke atas adunan.
11. KUKUS selama 30 minit dengan api besar atau suhu tinggi sehingga masak.
12. SELEPAS masak, angkat kuih talam dan taburkan lebihan bahan inti ke atas adunan.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi
hajahfarhana@hmetro.com.my


Keenakan kuih tradisional seperti talam berlauk memang tidak dapat disangkal. Mendengar namanya saja sudah cukup membuatkan hati teruja untuk menikmati kuih berkenaan.

Pasti enak menikmati potongan kuih talam berlauk bersama secawan teh atau kopi panas. Lebih menarik jika ia dinaikmati bersama seisi keluarga hasil air tangan sendiri.

Ketika menyediakan kuih talam berlauk, perlu menutup periuk pengukus dengan kain putih ketika adunan dimasak bagi mengelakkan lebihan air memasuki adunan.

Selepas adunan siap dimasak, sejukkan kuih talam sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga jam sebelum dipotong bagi mengelakkannya hancur.

Bagi anda yang masih keliru mengenai langkah penyediaannya, jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi kuih talam berlauk yang dikongsi Fathatun Najwa.

Untuk sebarang maklumat atau tempahan, layari https://www.facebook.com/war.touch atau http://instagram.com/war.touch, ikuti langkah demi langkah.

BAHAN A

- 170 gram tepung beras

- 60 gram tepung gandum

- 60 gram tepung jagung

- 340 gram santan pekat (1 pek kecil santan kotak dicampur air secukupnya) 600 gram air

- 1 sudu kecil garam

BAHAN B

- 30 ekor udang segar

- Daging cincang

- 1 biji bawang besar (dicincang)

- 1 biji cili merah (dimayang halus)

- 3 ulas bawang putih (dicincang)

- 2 helai daun sup dan daun bawang (dicincang)

- Lada hitam, garam dan serbuk perasa (secukup rasa)

- Minyak (untuk menumis)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 12:44 PM