JOI 7

SNS Network memperkenalkan tablet JOI sebelum ini yang dikuasakan CPU Intel Atom pada tahun lalu dengan harga hanya RM499 sahaja.

Versi kedua, JOI 7 adalah tablet Windows 8 yang hampir sama dengan JOI 8, tetapi ia datang dengan skrin lebih kecil, sebesar 7-inci.

Ia turut dikuasakan CPU Intel Atom dan mempunyai setoran dalaman 16GB. Ini menjadikannya pilihan kepada mereka yang mahukan tablet Windows 8 dengan reka bentuk lebih kompak daripada JOI 8.

INFO

JOI 7

- Harga: RM299

- OS: Windows 8

- Saiz: 7 inci

- Memori: 16GB

- Pemprosesan: Intel Atom 64 bit

- RAM: 1GB

- Slot: mikroSD, mini HDMI, mikroUSB

- Kamera: 2MP, VGA (depan)

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 11:30 AM