PASUKAN RBLTAA dan PDRM Melaka Tengah pada perlawanan persahabatan di Klebang.
Oleh Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my

Melaka: Pasukan bola sepak staf Rumah Budak Laki-Laki Tun Abdul Aziz (RBLTAA) aktif mengadakan perlawanan persahabatan dalam misi mengeratkan hubungan silaturahim dengan masyarakat luar sekali gus memperkenalkan RBLTAA sebagai pusat perkembangan pembangunan sukan.

Ketua Pasukan RBLTAA Staf FC Zaihairi Zailani berkata, RBLTAA yang menjadi pusat khidmat masyarakat bagi proses pendidikan anak yatim, miskin dan kurang berkemampuan perlu lebih rapat dengan masyarakat umum sekali gus melahirkan jiwa aktif serta sihat dalam kalangan penghuni dan pelajar.

Terbaru, mereka bertemu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka Tengah dalam perlawanan persahabatan di padang bola sepak Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Temu, Melaka.

“Walaupun tewas 2-4, namun yang lebih penting ia menyuntik pengalaman berharga dalam mematangkan pemain menghadapi setiap perlawanan kompetitif.

“Baru ditubuhkan tiga bulan lalu, namun kerjasama mantap rakan sepasukan membolehkan skuad kami bersaing dengan setiap lawan yang sudah lama dibentuk,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 April 2015 @ 8:35 AM