ISCO yakin Sepanyol mampu tingkat prestasi.

Amsterdam: Juara Eropah, Sepanyol berkunjung ke Amsterdam bagi perlawanan persahabatan menentang Belanda awal pagi esok dengan keperitan dibelasah 5-1 oleh lawan pada Piala Dunia tahun lalu masih dirasai.

Tamparan hebat daripada anak buah Louis van Gaal di Salvador Jun lalu menyaksikan Sepanyol gagal bangkit dalam usaha mempertahankan kejuaraan dimenangi mereka 1-0 ke atas Belanda empat tahun sebelumnya di Afrika Selatan. Cabaran mereka berakhir selepas hanya dua perlawanan.

Tidak sampai setahun menjelang Euro 2016 di Perancis, persoalan timbul mengenai prestasi kedua-dua pasukan itu.

Bagaimanapun, Sepanyol mengharapkan generasi bintang baru hasil menjuarai kejohanan B-21 Eropah dua kali berturut-turut.

Isco, Koke dan penjaring gol Alvaro Morata semuanya memulakan perlawanan kelayakan Euro menentang Ukraine minggu lalu manakala David de Gea dijangka berpeluang turun menggantikan Iker Casillas di pintu gol di Amsterdam.

Isco percaya hanya masa menentukan sebelum gol mampu dicetak sekali lagi selepas kurang berkesan di depan gol lawan sejak memenangi tiga kejuaraan utama berturut-turut pada Euro 2012.

“Mungkin dalam pasukan kebangsaan kami tidak banyak menjaringkan gol akhir-akhir ini, tapi kami mencipta banyak peluang dan ia sesuatu yang boleh berubah daripada masa ke semasa. Kami perlu bertindak lebih tajam selepas ini.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 9:47 AM