ANGGOTA polis dan bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat Husin yang dibaham buaya.
Oleh Norasikin Daineh dan Hazsyah Abdul Rahman
hmkk@hmetro.com.my

Kinabatangan: “Saya terdengar bunyi kocakan air kuat sebelum sempat melihat ekor buaya lebih satu meter tenggelam ke dasar sungai,” kata pekerja ladang sawit, Yoktan Ding, 37, sebaik menyedari seorang rakannya hilang dipercayai dibaham reptilia itu dalam kejadian di Sungai Kinabatangan berhampiran Ladang Syarimo di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, Husin Haris, 40, hilang dipercayai disambar buaya ketika berada di tebing sungai berkenaan untuk membasuh muka.

Menurut Yoktan, dia bersama Husin dan dua lagi rakan berada di tebing sungai itu untuk memancing dan tidak menyedari kehadiran reptilia berkenaan.

“Kejadian berlaku begitu pantas dan mulanya langsung tidak menyedari Husin disambar buaya.

“Pada masa itu, kami memancing di tepi sungai dan berada hampir dengannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 7:34 AM