ALEXANDER tidak mahu jadi pelakon paling lemah dalam membawa watak Doran Martell.
Susunan Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my

Belum lagi bersiaran, musim kelima siri televisyen popular, Game of Thrones, dijangka menjadi program paling laris di laman cetak rompak. Musim baru siri itu kembali dengan 10 episod dan akan bersiaran di negara ini menerusi saluran HBO pada 13 April ini, jam 9 pagi.

Seperti tahun sebelum ini, jutaan pengguna Internet tertipu apabila memuat turun siri tidak rasmi Game of Thrones. Sehubungan itu, bagi mengelak kegiatan itu daripada terus berleluasa, HBO mengumumkan musim baru siri itu bakal ditayangkan secara serentak di 170 negara.

Game of Throses yang meraih 14 anugerah Emmy di­adaptasi daripada siri novel fantasi popular, A Song of Ice & Fire nukilan George R R Martin, menceritakan me­ngenai perebutan kuasa serta takhta Iron Throne.

Selain mengekalkan barisan pelakon utama Peter Dinklage, Nikolaj Coster-Waldau, Lena Headey, Emilia Clarke dan Kit Harington, musim baru itu turut menampilkan beberapa muka baru.

Mereka adalah Jonathan Pryce (High Sparrow), Alexander Siddig (Doran Martell), DeObia Oparei (Areo Hotah), Keisha Castle-Hughes (Obara Sand), Rosabell Laurenti Sellers (Tyene Sand), Jessica Henwick (Nym Sand), Nell Tiger Free (Myrcella Baratheon) dan Toby Sebastian (Trystane Martell).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 Mac 2015 @ 5:05 AM