ANGGOTA forensik memeriksa lokasi kejadian di Sungai Way.
Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
firdaus_ibrahim@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Cuba menghapus bukti jenayah. Itu dilakukan sekumpulan tiga penjenayah yang bertindak kejam menetak hingga mati seorang penyelia wanita sebuah pusat karaoke yang melihat tindakan mereka membunuh seorang lelaki.

Dalam kejadian jam 1.25 pagi semalam, mangsa, Norlia Alias, 39, ditemui mati bermandi darah di hadapan premis terletak di Jalan PJS 8/13, Sungai Way di sini.

Mangsa dipercayai turut dibunuh suspek bagi mengelakkan dia menjadi mendedahkan maklumat berhubung pembunuhan seorang lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kumpulan penjenayah bersenjatakan parang dan rantai besi itu menyerang mangsa pertama hingga mati.

Menurutnya, mangsa kedua yang juga seorang wanita tempatan kemudian turut diserang penjenayah hingga mati.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Mac 2015 @ 7:44 AM