Singapura: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar adalah antara kenamaan yang memberi penghormatan terakhir terhadap mendiang bekas perdana menteri Singapura Lee Kuan Yew di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, anak kepada Kuan Yew mengiringi Sultan Ibrahim ke keranda Kuan Yew untuk penghormatan sehingga Sabtu.

Turut hadir Permaisuri Johor , Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah.

Presiden, Dr Tony Tan Keng Yam dan isteri Mary Chee; Timbalan Perdana Menteri, Teo Chee Hean dan menteri Kabinet adalah antara kenamaan lain yang kelihatan turut hadir memberi penghormatan.

Kuan Yew, perdana menteri pertama yang mentadbir Singapura sepanjang 31 tahun meninggal dunia Isnin lalu. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2015 @ 10:06 PM