SONY Xperia Z4 Tablet

Sony bakal memperkenalkan Xperia Z4 Tablet tidak lama lagi yang kelihatan membawa rekaan luaran seperti Z3, tetapi mempunyai kerangka aluminium bulat.

Ia dilengkapi skrin sebesar 10 inci dengan resolusi Ultra HD 2K di samping pemprosesan ultra pantas terkini merujuk kepada CPU Qualcomm Snapdragon 810.

Xperia Z4 Tablet mempunyai tahap kenipisan 6.1mm iaitu jauh lebih nipis berbanding iPad Air 2, malah ia 50g lebih ringan berbanding versi tablet Sony sebelum ini.

INFO

SONY XPERIA Z4 TABLET

- Harga: Tidak diperoleh

- Berat: 389g

- Dimensi: 167 x 254 x 6.1mm

- OS: Android 5.0 Lollipop

- Pemprosesan: 2 GHz Qualcomm Snapdragon 810, 64-bit Octa Core

- Ciri: IP65 & IP68

- Kamera: 8.1MP, 5.1MP (depan)

- Paparan: 10.1 inci

- Bateri: 6000mAh

- Rangkaian: GSM, UMTS HSPA, LTE

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2015 @ 12:10 PM