DUA suspek yang ditahan.
Oleh Fardy Bungga

Kuala Lumpur: Dua suspek berusia 28 hingga 29 tahun termasuk seorang suri rumah ditahan polis kerana disyaki merancang untuk menyertai Kumpulan Militan Negara Islam (IS) di Syria selepas dikesan cuba menyusup ke negara itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 7 dan 19 Mac lalu .

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek wanita terbabit berasal dari Kedah manakala suspek lelaki yang juga bekerja di sebuah jabatan kerajaan berasal dari Sabah.

Mereka juga disyaki merekrut beberapa rakyat tempatan untuk menyertai pergerakan itu.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki terbabit keluar ke negara jiran pada awal Februari tahun ini dan ditahan ketika cuba masuk semula ke negara ini menggunakan pasport tulen negara jiran.

"Kedua suspek disyaki melakukan kesalahan di bawah bab VIA - kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mac 2015 @ 6:09 PM
Skip this ad x