Kumpulan Kpop popular, EXO semakin menempa nama di peringkat antarabangsa. Terbaru, anggotanya, Lay disahkan akan memegang watak utama dalam filem terbaru terbitan Zhang Ziyi berjudul Oh My God.

Melalui laman sosial Weibo, Lay menulis dia akan memegang watak anak dalam filem pertamanya itu.

“Hello semua! Saya Zhang Yixing. Dalam filem pertama saya, ada pelakon terkenal akan pegang watak sebagai ibu bapa dan saya jadi anak mereka.

“Siapa agaknya pelakon yang akan jadi ibu bapa saya ya?” tulisnya.

Agensi SM Entertainment mengesahkan berita itu dan Lay akan bergandingan dengan ramai aktor popular China termasuk Cheney Chen dan Jacqueline Li.

Filem romantik komedi sains fiksyen ini adalah projek ketiga Zhang Ziyi sebagai penerbit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mac 2015 @ 12:36 PM