Kuala Lumpur: ASUS memperkenalkan laptop game khas buat pemain tegar dengan model Republic of Gamers (ROG) G Series G551.

Laptop ROG ini mempunyai prestasi lebih canggih berbanding model sebelum ini termasuk pemprosesan Intel Core i7 dan grafik NVIDIA GeForce GTX berkuasa tinggi bagi membolehkan permainan lebih lancar.

Skrin laptop ini juga mengambil kira game dengan grafik tinggi apabila dilengkapi panel IPS HD penuh dengan paparan segenap sudut 178 darjah serta 4K/UHD Trinity Display untuk permainan pelbagai skrin atau pelbagai tugasan.

Selain itu, laptop ini juga memiliki kualiti audio yang hebat melalui ASUS SonicMaster dan ROG AudioWizard.

ASUS ROG G551 dipersembahkan dengan aluminium hitam kusam dengan hiasan rapian tepi merah berbentuk berlian serta penampilan logo ROG pada penutupnya.

Bukan sekadar itu, ianya memiliki sistem pengurusan haba yang efektif dan senyap tanpa menjejaskan tempoh permainan.

Model G551JM-DM052H

Pemprosesan: Core i7

RAM: 4GB DDR

Grafik: GeForce GTX860M dengan 2GB GDDR5

Harga: RM 3,499

Model G551JM-DM053H

Pemprosesan: Core i7

Memori: 8GB DDR

Grafik: GeForce GTX860M dengan 4GB GDDR5

Harga: RM 4,099

Maklumat lanjut boleh didapati di www.asus.com/my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Oktober 2014 @ 10:26 AM