XIAOMI Yi Action Camera
XIAOMI Redmi 2

Xiaomi mempamerkan gajet terbaru, kamera aksi dinamakan Yi yang dijangka dijual pada harga serendah RM229.

Kamera aksi Xiaomi ini dilengkapi sensor Sony Exmor R BSI CMOS dengan 16MP jauh lebih baik daripada mana-mana kamera biasa dalam harga yang sama berupaya merakam video HD penuh 1080p dengan 60fps.

Ia mempunyai setoran dalaman menggunakan kad memori mikroSD sehingga 64GB dan hanya seringan 72 gram.

Selain itu, Xiaomi turut memperkenalkan telefon terbaru, Redmi 2 yang mula dijual di Malaysia dengan harga RM419.

Berbanding model Redmi 1S sebelum ini, Redmi 2 ada dua slot kad SIM yang menyokong rangkaian 4G-LTE.

Bahagian dalamannya diperkuatkan dengan pemprosesan Qualcomm 64 bit Snapdragon 410 quad core. Dilengkapi RAM 1GB selain memori dalaman 8GB yang boleh ditambah dengan kad memori mikroSD sehingga 32GB.

INFO

XIAOMI YI ACTION CAMERA

- Harga: Anggaran RM229

- Sensor: Sony Exmor R BSI CMOS

- Resolusi: 16MP

- Slot: Kad mikroSD

- Berat: 72g

- Kesesuaian: Android, iOS

XIAOMI REDMI 2

- Harga: RM419

- Pemprosesan: Qualcomm 64 bit Snapdragon 410 quad core 1.2 GHz

- RAM: 1GB

- Memori: 8GB dengan slot kad mikroSD

- Kad SIM: mikroSIM

- Dimensi: 67.2 x 134 x 9.4mm

- Berat: 133g

- Kamera: 8MP, 2MP (depan)

- Bateri: 2200mAh

- OS: Android 4.4 KitKat

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:13 AM