PENDAYUNG membawa kamera untuk projek ‘Paddle for Nature’.

Salah satu fungsi yang terdapat di Google Maps iaitu Street View membolehkan anda melihat pemandangan dalam peta seperti anda benar-benar berdiri di lokasi sebenar namun ia terhad di daratan sahaja.

Kini anda boleh melihat pemandangan di laut melalui projek ‘Paddle for Nature’ dengan membawa perkakasan Google Street View Trekker di atas kayak mereka dan mengelilingi Semenanjung Malaysia dari Pengkalan Kubor, Kelantan merentasi Laut China Selatan menuju ke Johor.

Pendayung kemudiannya mengharungi Selat Melaka sehingga ke destinasi terakhir di Pulau Langkawi.

Projek Paddle for Nature juga adalah kerjasama antara Persatuan Alam Semulajadi Malaysia (MNS) dan Google Malaysia.

Menariknya, ia adalah kali pertama Trekker menggunakan kayak untuk merakam foto berbanding pejalan kaki, kereta, beca, motosikal dan troli sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Mac 2015 @ 5:12 AM