ANGGOTA polis trafik dan penyelamat mengangkat mayat mangsa yang terbabit kemalangan maut, awal pagi semalam.
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

Alor Gajah : Dua penunggang motosikal terbunuh apabila digilis beberapa kenderaan selepas motosikal yang mereka tunggangi terbabit dalam kemalangan di Kilometer 211.9, Lebuhraya Utara-selatan, arah Selatan, jam 1.15 pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian itu, dua mangsa bersama seorang rakan menunggang motosikal jenis Yamaha 125z secara berasingan dari arah Tol Simpang Ampat menghala ke arah Restoran Jejantas Ayer Keroh.

Mangsa, Mohd Nurhazim Ithnin, 20, dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dipercayai menunggang di lorong kanan bersama lima motosikal lain yang ditunggang individu berbeza sebelum motosikal mangsa hilang kawalan.

“Dipercayai, motosikal ditunggang Mohd Nurhazim yang berada di hadapan hilang kawalan lalu bergesel dengan motosikal ditunggang Zulkhairi sebelum mereka terbabas dan terjatuh di lorong tengah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:48 AM