Kuala Lumpur: Bank Simpanan Nasional (BSN) mengumumkan pencapaian lebih satu juta Kad Debit Visa payWave BSN/i dalam masa setahun.

Diperkenalkan pada Disember 2013, Kad Debit Visa payWave BSN ini satu-satunya kad pelbagai aplikasi lima dalam satu yang disambungkan kepada akaun simpanan BSN, Giro atau Giro-i.

Bercirikan teknologi tanpa sentuh Visa payWave, pemegang kad cuma perlu mengimbas kad ketika membeli-belah dengan mudah dan selamat tanpa perlu menggunakan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) atau menurunkan tandatangan.

Ketua Eksekutifnya,Datuk Adinan Maning berkata, Selain daripada Visa payWave, kad Debit Visa ini juga dilengkapi kemudahan seperti MEPS, Touch ‘n Go, PLUSMiles dan program kesetiaan BCard.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 5:11 AM