Apakah kesan sampingannya jika saya menggunakan minyak hitam jenama berlainan setiap kali melakukan servis?

AIDIL, Sabah

Ia tidak mendatangkan masalah kelancaran asas enjin tetapi perlu diketahui, setiap minyak pelincir mempunyai bahan tambah berbeza bagi meningkatkan prestasinya.

Formulasi digunakan syarikat minyak mungkin berbeza dan tidak sesuai antara satu sama lain.

Jika mahu menukar minyak pelincir berlainan jenama, anda perlu mengeluarkan semua bahan itu dalam enjin sepenuhnya.

Penukaran minyak pelincir setiap 5,000 kilometer sangat digalakkan dan harus menggunakan bahan berkualiti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2015 @ 5:01 AM