Aksi Khairul Anuar Shahrudin daripada Sime Darby dan Harris Harun (Johor DT) di Stadium Selayang .FOTO Goh Thean Howe
Oleh Firdaus Hashim
am@hmetro.com.my


Selayang: Tamat 90 minit masa permainan sebenar menyaksikan pasukan tuan rumah Sime Darby FC berjaya mengikat Johor Darul Ta'zim (Johor DT) dengan 1-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sebentar tadi.

Hasil kejayaan itu, The Giant Killers meraih mata pertama dalam saingan Liga Super musim ini selepas gagal mengutip sebarang mata sebelum ini.

Tuan rumah mendahului pelawat 1-0 menerusi jaringan Muhammad Nazrul Kamaruzaman pada minit ke-40.

Bersambung babak kedua, Harimau Selatan meningkatkan tempoh penguasaan dan hasilnya anak buah Bojan Hodak berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Junior Eldstal pada minit ke-60. Tamat permainan Sime Darby 1 Johor DT 1.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mac 2015 @ 12:08 AM