Kawasan pembuangan sampah yang terbakar. FOTO Adnan Ibrahim
Oleh Adnan Ibrahim
am@hmetro.com.my

Kluang: Operasi di pusat pelupusan sampah Pekan Renggam di sini, dihentikan dan dipindahkan ke Tapak Pelupusan Sanitari Seelong, mulai hari ini selepas ia terbakar kira-kira jam 11 malam tadi.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Liang Teck Meng yang meninjau kawasan itu mendapati kebakaran yang berlaku agak serius selain anggota bomba serta SWM Environment Sdn Bhd menghadapi kesukaran berikutan ketiadaan bekalan air di kawasan berhampiran.

Menurutnya, pihak Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap keadaan di pusat pelupusan sampah itu seolah-olah lepas tangan dan tiada tindakan segera dilakukan walaupun sudah lebih 12 jam terbakar.

“€œSaya amat kesal sekali, kebakaran seperti ini bukan yang pertama terjadi di sini, namun ia sudah berulang lebih puluhan kali, sedangkan asap yang terhasil boleh menjejaskan kesihatan penduduk sekitar pekan Simpang Renggam dan Renggam.

“Oleh itu tindakan segera harus dilakukan selain mempercepatkan pembinaan tapak pelupusan sanitari baru berhampiran," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 4:01 PM