JENAZAH Muhammad Izzamir Nabihan A. Majid tiba di Kompleks Maskargo, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my


Kepala Batas: Jenazah penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) Muhamad Izzamir Nabihan Abdul Majid, 23, di bawa ke rumah ibu saudaranya di Taman Abdullah Fahim, Kepala Batas, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Konvoi mengiringi van jenazah membawa arwah tiba di rumah ibu saudaranya itu pada 11.30 pagi.

Majlis tahlil turut diadakan pada 11.40 pagi membabitkan ahli keluarga, kakitangan dan penuntut USM.

Jenazah arwah dijangka di bawa ke Masjid Jamiul Al Badawi terletak kira-kira satu kilometer dari rumah ibu saudara arwah 1 petang nanti.

Arwah dijangka disembahyangkan dan dikebumikan selepas solat Jumaat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 12:43 PM