ANGGOTA Bomba dan Penyelamat mengangkat mayat untuk dibawa ke hospital.
Oleh Alias Abd Rani

Saratok: Mayat seorang budak lelaki yang terjatuh ketika memancing udang bersama neneknya di Sungai Nanga Malong Awik, di sini, ditemui pagi tadi.

Mangsa Ningkan Bundak, 8, ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada jam 7.27 pagi, kira-kira 500 meter dari tempat dia dilaporkan terjatuh.

Jurucakap Pusat Gerakan Operai Bomba dan Penyelamat berkata, berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat dihenti serta-merta.

"Mayat kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Saratok untuk bedah siasat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 5:20 PM