ORANG yang ditahan Pasukan Polis Marin di Pantai Klebang. FOTO ihsan Polis Marin
ORANG yang ditahan Pasukan Polis Marin di Pantai Klebang. FOTO ihsan Polis Marin
Oleh Isma Ismail

Johor Bahru: Lapan orang termasuk dua lelaki dipercayai tekong darat ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua di Pantai Klebang berhampiran Dataran 1Malaysia, Melaka, 8 malam semalam.

Selain dua tekong darat itu, turut ditahan adalah seorang lelaki bertaraf penduduk tetap, seorang lelaki Pakistan, dua lelaki Indonesia dan masing-masing seorang wanita serta kanak-kanak Indonesia.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kesemua yang ditahan itu berusia lapan hingga 38 tahun.

Menurutnya, warga asing itu ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Katanya, dua lelaki tempatan pula ditahan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Mac 2015 @ 2:58 PM