TERTUDUH Nurul Suhada (dua kanan) dan Sumiyyah (kiri) di Mahkamah Sesyen. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Oleh Muhamaad Razis Ismail

Kota Bharu: Seorang tukang masak wanita dipenjara enam tahun enam bulan di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan melakukan rompakan menggunakan pedang dan pistol Julai tahun lalu.

Hakim Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Nurul Suhada Jusoh, 26, mengaku bersalah terhadap tuduhan.

Rakannya, Sumiyyah Razali, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan.

Mengikut pertuduhan tertuduh bersama seorang yang masih bebas didakwa merompak barang kemas, beberapa helai jubah, beg jenama Coach warna merah jambu, dua beg tangan, buku cek dan cermin mata Bonia milik Nor Asuwah Ibrahim, 47, di Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa pada jam 10.05 malam, 21 Julai 2014.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 4:03 PM