MSU komited mencerna kecemerlangan dan kejayaan dalam kalangan graduannya.
Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@mediaprima.com.my


Management & Science University (MSU) antara universiti terbaik di Malaysia dengan memberikan fokus kepada bidang pengajian kritikal bagi memenuhi keperluan industri serta pasaran kerjaya.

Sebagai universiti global pilihan, penawaran program pengajian di MSU merangkumi bidang pengkhususan seperti perubatan, sains kesihatan, farmasi, sains maklumat dan kejuruteraan, pengurusan perniagaan dan pengajian profesional, pendidikan dan sains sosial serta hospitaliti dan seni kreatif

Penawaran program prauniversiti di MSU bermatlamat membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/SPMV) mendapat pendedahan awal bidang pengkhususan pengajian serta hala tuju sehingga peringkat ijazah sarjana muda.

MSU melalui Centre for Foundation Studies (CFS) menawarkan tujuh pilihan bidang pengajian prauniversiti iaitu Information Technology, Business, Law, Biological Science/Health Science, TESL, Visual Art dan Engineering & Technology.

Setiap bidang pengkhususan itu memberikan pelajarnya kelebihan mengikuti program ijazah sarjana muda di MSU menerusi Faculty of Health & Life Sciences, Faculty of Business Management & Professional Studies, Faculty of Information Sciences & Engineering, International Medical School, School of Education & Social Sciences, School of Hospitality & Creative Arts dan School of Pharmacy.

Terkenal dengan visi komitednya untuk mencerna kecemerlangan dan kejayaan dalam kalangan graduan, MSU menjadi platform terbaik membantu pelajar memperoleh ilmu melalui prasarana lengkap bagi tujuan pembelajaran berkualiti dengan pengalaman pembelajaran menyeluruh.

Menggunakan modul pembelajaran terkini di samping sokongan pensyarah berpengalaman melalui program mentor mentee, pelajar akan dibantu bagi mencapai keputusan cemerlang.

Di samping menawarkan program berkualiti dan diiktiraf Malaysia Qualification Agency (MQA), MSU turut membantu pelajarnya aspek pembiayaan pembelajaran dari badan penajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Yayasan Negeri.

Pembiayaan berbentuk biasiswa turut diberikan MSU secara usaha sama dengan pihak media serta tabung biasiswa pendidikannya melalui Yayasan MSU dan Biasiswa Presiden.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2015 @ 5:00 AM