JOANNA (dua dari kiri) bersama pemenang #cleanmyengine Shell Helix.

Tiga pemandu bertuah memenangi pengalaman menarik untuk kereta dan diri mereka dalam peraduan dalam talian #cleanmyengine Shell Helix yang diadakan penghujung tahun lalu.

Ketiga-ketiga pemenang iaitu Faudzina Khamis, K’ng Choo Wei dan Noel Kuppan masing-masing memenangi pakej perapian kereta premium, pakej spa serta minyak pelincir Shell Helix Ultra 5W-40 dengan Teknologi PurePlus berjumlah RM2,285.

Pengurus Jenama Shell Helix, Joanna Lean berkata, peraduan itu berjaya menyedarkan pemilik kereta untuk memilih minyak pelincir yang memberi kebersihan enjin seperti Shell Helix Ultra 5W-40 dengan Teknologi PurePlus.

“Kami mahu pemenang peraduan kami mengalami sesuatu yang sama seperti dilakukan oleh Teknologi PurePlus Shell kepada enjin kereta.

“Bayangkan minyak enjin dibuat daripada gas asli yang tulen hingga membolehkan pembersihan kereta menyeluruh bagi menerima pengalaman memandu secara optimum,” katanya.

Peraduan #cleanmyengine Shell Helix yang diadakan dari 29 Disember 2014 hingga 29 Januari lalu menawarkan 10 hadiah sagu hati iaitu minyak pelincir Shell Helix Ultra 5W-40 dengan Teknologi PurePlus dan kiub Teknologi PurePlus eksklusif yang mengandungi minyak asas sebenar daripada gas asli.

Sementara itu, Faudzina berkata, dia mengetahui mengenai peraduan berkenaan ketika melayari laman sesawang Shell Malaysia bagi mencari punca kekasaran enjin kereta MINI miliknya yang berusia 12 tahun.

“Sebelum ini, saya memberi kepercayaan kepada mekanik untuk menentukan jenis minyak enjin kereta, tetapi selepas mendalami hal itu dan faham bagaimana minyak yang bermutu dapat memberi banyak kelainan, terutama Shell Helix Ultra dengan Teknologi PurePlus,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Mac 2015 @ 5:01 AM