MANGSA tersepit dalam kereta yang remuk. FOTO Arifin Salleh
Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor

Rembau: Seorang wanita parah apabila kereta dipandunya merempuh belakang treler membawa muatan enam keping besi plat di Kilometer 230.7 Lebuhraya PLUS arah utara, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12.35 tengah hari itu, mangsa Sharifah Suhaila Syed Othman, 27, tersepit di dalam kereta yang remuk.

Difahamkan, mangsa yang patah kedua tangan dan kaki kiri dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk rawatan lanjut.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Rembau dan Alor Gajah turut dikejarkan ke tempat kejadian.

Sebaik tiba, mangsa sudah dikeluarkan orang awam yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Mac 2015 @ 4:46 PM