Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim (DM) 9 Kuala Terengganu menahan bot nelayan tempatan bersama 18 awak-awak termasuk seorang tekong warga Vietnam di perairan Terengganu, 8.30 pagi tadi.

Ketua Penguat kuasa DM 9 Kuala Terengganu Laksamana Pertama Maritim Xavier Thevadas Gnanapragasam berkata, bot peronda APMM yang melakukan rondaan rutin di laut menahan bot itu di 52 batu nautika dari Kuala Terengganu.

Katanya, siasatan awal mendapati 13 daripada 18 awak-awak termasuk tekong tidak mempunyai pengenalan diri yang sah.

“Permit kerja yang dikemukakan juga tamat tempoh sah dan siasatan awal mendapati bot itu disyaki klon.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen Perikanan Malaysia," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 5:24 PM