MAYAT warga asing ditinggalkan dalam keadaan dibungkus menggunakan cadar seperti sudah dikafan. FOTO Salman Hamat
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my


Bukit Mertajam: Mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan dibungkus seperti sudah dikapan di tepi jalan di Bukit Minyak, 7.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, mayat berkenaan ditemui orang awam yang melalui lawasan itu sebelum memaklumkannya kepada polis.

"Kami percaya mangsa berusia lingkungan 30-an dan dan ditinggalkan di kawasan itu.

"Mangsa dibungkus menggunakan cadar bercorak jalur oren dan kuning serta diikat pada bahagian kaki, badan dan kepala," katanya.

Menurutnya, tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui ketika melakukan pemeriksaan pada mayat berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 3:24 PM