BAYI lelaki yang ditemui dalam semak di Kampung Batu 19, Guar Chempedak, semalam.
Oleh Nur Syazwana Mansor
am@hmetro.com.my

Yan: Penduduk Kampung Batu 19, Guar Chempedak, dekat sini, gempar apabila menemui seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat di kawasan belukar bersebelahan rumah seorang penduduk, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 petang, bayi lelaki itu ditemui oleh seorang peniaga gerai, Faridah Azit, 49, yang kebetulan mencuci tangan di sinki berdekatan rumah jirannya.

Faridah berkata, dia terdengar bunyi tangisan bayi tenggelam timbul lalu cuba mencari sebelum kedengaran semakin jelas apabila dia mendekati kawasan semak terbabit.

Menurutnya, seluruh tubuhnya menjadi lemah apabila menemui seorang bayi lelaki masih bertali pusat dalam keadaan berbogel dan bertindak memanggil jirannya, Haliza Ahmad, 38, untuk mengangkat bayi berkenaan.

“Saya tiba-tiba menjadi gemuruh dan hilang punca seketika sewaktu melihat bayi berkenaan lalu memanggil jiran untuk mengangkatnya dan dibawa ke tempat yang selamat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 7:43 AM