LOKASI kejadian kes tembak dan samun. FOTO ihsan pembaca
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


Bayan Baru: Dua lelaki bersenjatakan pistol melarikan wang tunai kira-kira RM500,000 dalam satu kejadian di depan bank di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11 pagi itu, dua suspek yang menunggang motosikal pada mulanya menendang seorang pengawal keselamatan yang membawa keluar wang tunai dari bank tersebut sebelum melepaskan tembakan rambang dan merampas dua beg dipegangnya.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan terbabit melepaskan tembakan yang terkena kaki seorang daripada suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Mazlan Kesah berkata, suspek yang cedera kemudian meninggalkan satu beg mengandungi wang tunai RM300,000.

"Bagaimanapun, satu beg mengandungi wang tunai RM500, 000 berjaya dilarikan kedua-dua suspek," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2015 @ 2:02 PM