SUSPEK kes dera kanak-kanak dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Ipoh selepas dibenarkan reman selama tiga hari. FOTO Yahya Zain
Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my


Ipoh: Seorang lelaki berusia 31 tahun direman selama tiga hari oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun.

Lelaki berkenaan yang juga bapa saudara kepada mangsa kini disiasat mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan.

Suspek yang ditahan semalam dibawa ke mahkamah kira-kira 10 pagi, sebelum Majistret Haslinda A Raof membenarkan tahanan reman selama tiga hari bermula hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun cedera di kepala, mata serta beberapa anggota badan lain dipercayai akibat didera oleh ibu dan bapa saudaranya sendiri di rumah flat di sini. (http://www.hmetro.com.my/node/34362)

Kanak-kanak malang terbabit dijaga oleh saudaranya itu dari 3 hingga 28 Februari lalu, sebelum bapa yang melawat mangsa menyedari kejadian berkenaan dan membuat laporan polis.

Sementara itu, peguam Dayang Nor Emilia Azman Shah, yang mewakili suspek berkata, hanya lelaki berkenaan saja direman manakala isterinya hanya diambil keterangan oleh polis sebelum dibebaskan kerana mempunyai anak kecil yang perlu dijaga.

Berkaitan

Kisah dera belum terungkai: http://www.hmetro.com.my/node/34362

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2015 @ 12:32 PM