Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

Pakar masakan di Cinnamon Coffee House Hotel One World Petaling Jaya ingin memberikan kejutan kepada pelanggan dengan menyediakan bufet bulanan enak Mac ini menerusi sentuhan inovatif yang unik.

Mengangkat masakan Asia ke tahap baru, menu yang dihasilkan bertujuan membangkitkan selera pencinta makanan terutama mereka yang sukakan cabaran.

Menerusi pengembaraan gastronomi luar biasa barisan menu disediakan seperti ‘chicken chop’ bersama sambal, sotong goreng dengan sos lada hitam, ikan goreng sos carbonara, kambing Brazil sos barbeku dan ayam tumis sos teriyaki memberikan kelazatan luar biasa terutama mereka yang tidak pernah merasainya.

Dimulakan dengan sup panas, pastinya anda berpuas hati dengan rasa yang disediakan. Selain itu hidangan makanan laut segar seperti tiram sejuk, udang dan kupang pastinya menjadi ingatan. Juga jangan dilepaskan sashimi dari kaunter makanan Jepun serta ayam panggang dan pelbagai makanan laut enak yang sukar ditinggalkan.

Selain bufet mewah, pelbagai pilihan pencuci mulut turut disediakan. Antaranya coklat putih lazat, kek nangka, pisang dan swiss roll walnut serta panna cotta ginger. Selain menekankan promosi bulan ini, bufet Cinnamon Coffee House juga turut menyediakan pelbagai masakan tempatan dan antarabangsa pada harga RM95++ dewasa dan RM48++ bagi kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Mac 2015 @ 11:15 AM