KHAIR Mohamad menunjukkan buku Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Oleh Siti A'isyah Sukaimi
sitiaisyah@hmetro.com.my


Putrajaya: Seramai 11,289 (2.63 peratus) calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 memperoleh keputusan cemerlang (Gred A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran diduduki berbanding 13,970 (3.16 peratus) calon pada tahun sebelumnya.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, sebilangan besar calon memperoleh keputusan cemerlang terdiri daripada kumpulan yang menduduki sembilan dan 10 mata pelajaran.

"Dari segi Gred Purata Nasional (GPN) pada 2014 adalah sebanyak 5.08 berbanding 4.93 pada tahun sebelumnya iaitu menurun sebanyak 0.15.

"Nilai purata GPN yang lebih kecil adalah menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik," katanya pada sidang media Pengumuman Analisis Keputusan SPM 2014 di sini, hari ini.

Bilangan calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2014 adalah seramai 455,839 calon berbanding 470,395 calon pada 2013, berkurangam sebanyak 14,556 calon (3.1 peratus).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mac 2015 @ 11:58 AM