Keserasian antara anggota GOT7, Jackson dan Youngji dari KARA mula berada di puncak apabila mereka disoal jika mereka dilihat sebagai pasangan serius.

Pada episod Weekly Idol, Rabu lalu, mereka bermain permainan 'Truth or Dare' bersama beberapa selebriti lain yang diundang.

Dalam satu soalan, pengacara bertanya Jackson, pernahkah dia melihat teman sebiliknya Youngji sebagai wanita dan Jackson menjawab ya.

Agak mengejutkan, mesin pengesan penipuan mengesahkan Jackson berkata benar, sekali gus membuatkan pengacara dan tetamu selebriti mula berasa Jackson 'ada hati' pada Youngji.

"Sejak bila kamu tertarik dengan Youngji?" tanya pengacara lagi mahukan kepastian.

"Jujurnya apabila kali pertama kami bertemu," jawab Jackson lalu membuatkan semua tetamu ketawa berasakan ia luahan yang sangat manis.

Pengacara turut bertanya soalan sama kepada Youngji dan dia turut memberi jawapan hampir sama iaitu melihat Jackson sebagai lelaki.

Apabila diperiksa mesin pengesan penipuan, ternyata Youngji juga dipercayai mempunyai perasaan terhadap Jackson.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2015 @ 5:02 AM