Kuching: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyerahkan bantuan wang ihsan kepada 20 daripada 170 mangsa banjir di negeri ini dalam satu majlis ringkas di Medan Niaga Satok, di sini, hari ini.

Bantuan wang ihsan sebanyak RM500 itu diserahkan kepada mangsa bencana banjir membabitkan penduduk dari Kampung Gita Laut, Gita Baru/Lama, Pinang Jawa, Tupong Jaya dan Tupong Tengah.

Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut diiringi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan Timbalannya Tan Sr Alfred Jabu Numpang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Februari 2015 @ 1:38 PM