PENGARAH Alejandro G Inarritu (tengah) bersama kru dan barisan pelakon Birdman yang dinobatkan Filem Terbaik. FOTO AFP
Oleh Michelle Gun
michellegun@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Seperti diramalkan, karya arahan Alejandro Gonzalez Inarritu, Birdman diangkat Filem Terbaik Anugerah Academy ke-87 di majlis yang berlangsung di Teater Dolby Hollywood, Amerika Syarikat, hari ini.

Filem memaparkan kisah cubaan seorang pelakon untuk kembali semula ke pentas Broadway itu mengalahkan tujuh filem lain iaitu American Sniper, Boyhood, The Grand Budapest Hotel, The Imitation Game, Selma, The Theory of Everything dan Whiplash.

Ia menang empat anugerah Oscar termasuk Pengarah Terbaik.

Kategori Pelakon Lelaki Terbaik dimenangi Eddie Redmayne menerusi lakonannya dalam filem The Theory of Everything.

Sementara kategori Pelakon Wanita Terbaik disandang Julianne Moore dalam filem Still Alice.

Kategori Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik pula dimenangi JK Simmons bagi lakonannya dalam filem Whiplash.

Manakala kategori Pembantu Pelakon Wanita Terbaik disandang pelakon filem Boyhood, Patricia Arquette.

Senarai pemenang utama:

Filem Terbaik - Birdman

Pengarah Terbaik - Alejandro Gonzalez Inarritu (Birdman)

Pelakon Lelaki Terbaik - Eddie Redmayne (The Theory of Everything)

Pelakon Wanita Terbaik - Julianne Moore (Still Alice)

Pembantu Pelakon Lelaki Terbaik - JK Simmons (Whiplash)

Pembantu Pelakon Wanita Terbaik - Patricia Arquette (Boyhood)

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Februari 2015 @ 1:49 PM