NIK Hasnah menunjukkan gambar Mohd Firdaus yang masih belum ditemui.
Oleh Mohd Zulkifli Zainuddin
am@hmetro.com.my

Bachok: “Walaupun mayat anak masih belum ditemui, saya tetap sabar menunggu kerana dan berdoa jasadnya ditemui segera untuk dikebumikan di sebelah kubur adiknya,” kata Nik Hasnah Raja Mohd Daud, 52, ibu Mohd Faiz Mat Adam, 19, dan Mohd Firdaus, 24, yang lemas di Pantai Irama, di sini, Khamis lalu.

Mayat Mohd Faiz ditemui dua jam selepas kejadian manakala abangnya sehingga kini belum ditemui.

Kelmarin, mayat seorang lelaki ditemui di Pantai Senak, di sini, kelmarin, namun selepas tiga anak serta saudara-mara Nik Hasnah membuat pengecaman, mayat berkenaan bukan Mohd Firdaus, penuntut Universiti Sains Islam Malaysia (USIM.

Berikutan penafian Nik Hasnah dan keluarga mayat itu bukan Mohd Firdaus, Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih meneruskan operasi mencari mangsa.

“Walaupun tidak melihat sendiri mayat itu, namun berdasarkan apa diceritakan saudara-mara dan anak, fizikal mayat berkenaan tidak sama seperti Mohd Firdaus terutama dari segi rambut dan ketinggian.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Februari 2015 @ 5:25 AM