Bersama AHMAD SALIHIN ABD RAHIM
skrudanspanar@gmail.com


Apakah kesannya jika saya menggunakan minyak pelincir yang berlainan jenama setiap kali melakukan servis motosikal? Saya melakukannya setiap kali jarak tunggangan antara 5,000 sehingga 6,000 kilometer (km).

AIDIL

Sabah

Pertukaran jenama minyak pelincir setiap kali melakukan penyelenggaraan tidak mendatangkan masalah kepada enjin.

Namun perlu diketahui, setiap minyak pelincir mempunyai bahan tambahan untuk meningkatkan prestasinya.

Bahan tambah itu diformulasi mengikut penyelidikan pengeluarnya dan menggunakan bahan kimia yang serasi dengan minyak berkenaan.

Formulasi digunakan oleh syarikat minyak itu mungkin tidak sesuai dan berlainan dengan yang lain.

Secara umumnya, ia tidak menyebabkan kehilangan fungsi asas pelinciran, mungkin kita akan merasai kekurangan prestasi jika menukar minyak pelincir baru.

Berikutan itu, jika mahu menukar minyak pelincir jenama lain, anda perlu mengosongkan minyak pelincir dalam enjin sebelum memasukkan yang baru.

Penukaran minyak pelincir setiap 5,000 km digalakkan dan harus menggunakan produk berkualiti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Februari 2015 @ 5:03 AM