FOTO ini ihsan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Oleh Mohd Hasbi Sidek
am@hmetro.com.my

Tanjung Karang: Lelaki berusia 27 tahun terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam selepas dua cincin di dua jari tangan kanannya tidak dapat ditanggalkan ketika hendak menerima rawatan, semalam.

Bagaimanapun, sepasukan anggota bomba dan penyelamat berjaya mencabut kedua-dua cincin berkenaan daripada jari lelaki berkenaan di Hospital Tanjung Karang.

Difahamkan, mangsa terbabit sebelum itu terbabit dalam kemalangan dan menyebabkan jarinya tercedera.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya dipanggil ke hospital berkenaan bagi memberikan bantuan kepada lelaki itu.

"Kita mengambil hampir setengah jam untuk mengeluarkan cincin itu dengan menggunakan alat pemotong cincin," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Februari 2015 @ 7:06 PM