ZAMBRY dan Ustaz Kazim menziarah di Jabatan Forensik HRPB. FOTO Farhan Najib
Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

 

Ipoh : Seorang wanita warga emas meninggal dunia ketika menghadiri ceramah Datuk Ustaz Kazim Elias di kediaman Menteri Besar Perak di Ipoh, hari ini.

Mangsa Lat Senawi, 75, yang datang dengan rombongan seramai 40 orang menaiki bas dari Kampung Bahagia, Kuala Perlis, Perlis, meninggal dunia 8.20 pagi tadi ketika baru sampai ke lokasi ceramah.

Difahamkan, mangsa bersama rombongan bertolak dari Kuala Perlis 12 tengah malam tadi dan sampai di Ipoh pada 8.10 pagi, namun sebaik mangsa turun dari bas serta ingin duduk di kerusi, mangsa tiba-tiba rebah tidak sedarkan diri.

Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian kemudian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB)

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ustaz Kazim turut menziarahi di Jabatan Forensik HRPB.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Februari 2015 @ 12:56 PM