Keadaan mayat mangsa. FOTO Muhammad Mikail Ong
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Dr Lim Chong Eu, disini, hari ini.

Dalam kejadian 4 petang itu, mangsa Low Teik Choon, 47, yang bekerja sebagai penghantar barang maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, mangsa dalam perjalanan menghantar makanan ringan ke kedai runcit di kawasan Bayan Baru, di sini.

"Mangsa kemungkinan terlelap ketika menunggang motosikal membuatkan dia hilang kawalan dan terbabas hingga merempuh pembahagi jalan.

"Mayatnya tersangkut pada besi pembahagi jalan manakala motosikalnya pula tercampak kira-kira 30 meter," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 5:16 PM