MAJLIS pecah tanah fasa akhir projek komersial Garden Plaza iaitu Garden Boulevard di Cyberjaya.

Kuala Lumpur: Mah Sing Group Berhad (Mah Sing) melancarkan fasa terakhir bagi komponen komersial Garden Plaza iaitu Garden Boulevard di Cyberjaya, merangkumi ruang niaga premier dan pejabat kecil, pejabat fleksibel (SoFo).

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ng Chai Yong berkata, Garden Boulevard menawarkan 58 unit ruang perniagaan dan SoFo yang ditempatkan di dua menara dinamakan Cambridge dan Oxford dengan keluasan antara l,824 kaki persegi dan l,833 kaki persegi.

“Kami yakin fasa terakhir ini akan mendapat sambutan baik daripada pembeli. Kami juga menjangkakan pembeli akan mendapat pulangan pelaburan dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Selepas siap sepenuhnya kelak, Garden Plaza akan mencatatkan jumlah populasi sehingga 7,000 orang dengan Garden Residence mencapai 58,000 populasi.

Ia dijangka mencecah 250,000 orang dalam tempoh lima tahun.

Buat masa ini, terdapat kira-kira 17,000 pelajar dari universiti berhampiran dengan tambahan 35,000 golongan pekerja dari 800 perniagaan yang beroperasi di Cyberjaya.

Garden Plaza adalah projek pembangunan bersepadu yang menawarkan kediaman dan unit komersil dijangka menjana nilai pembangunan kasar (GDV) RM436 juta.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Februari 2015 @ 5:12 AM