Oleh Nor Amalina Alias
am@hmetro.com.my

Bachok: Mayat seorang pekerja kedai makan yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Irama, Bachok, dua hari lalu ditemui pada 2.10 pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Bachok, Kasyfi Syahmi Ghazali berkata, mayat Muhammad Amirul Ashraf Suzaini, 18, ditemui pasukan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dalam keadaan terlentang dan hidung berdarah di pesisir pantai Kampung Kubang Golok.

Katanya, jarak antara tempat kejadian lemas dengan kawasan mayat ditemui dalam lingkungan 2.5 kilometer.

"Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Gerakan SAR ditutup sepenuhnya 4 pagi tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Februari 2015 @ 12:38 PM