CAVANI (kiri) menjaringkan gol pertama dalam lima perlawanan.

Paris: Gol pertama penyerang Uruguay, Edinson Cavani dalam lima perlawanan membantu Paris Saint Germain menang 2-0 ke atas Nantes, awal pagi semalam untuk melangkah ke suku akhir Piala Perancis.

Cavani yang dikritik kerana persembahan buruk di depan gol buat juara bertahan itu ketika seri 1-1 dengan pendahulu liga Lyon Ahad lalu, meledak pada minit ke-19 dengan pemain tengah kebangsaan Perancis, Yohan Cabaye menambah gol kedua pada minit ke-34.

Jurulatih PSG Laurent Blanc menyatakan Cavani perlu dibantu supaya kembali menyerlah. menanduk masuk selepas meluru menyambut sepakan percuma David Luiz.

“Sudah tentu anda boleh ragu terhadap Cavani selepas apa yang berlaku menentang Lyon,” kata Blanc.

“Tapi saya mahu ulang, dia seorang pemain yang menjaringkan gol. Ia amat penting untuk mengekalkan keyakinannya bagi menjaringkan gol.”

Jaringan Cabaye membantu tuan rumah lebih selesa 15 minit kemudian selepas tumbukan lemah penjaga gol Nantes, Maxime Dupe menyaksikan bola singgah di kakinya.

Bagaimanapun, bekas bintang Newcastle itu terpaksa dikeluarkan pada rehat babak pertama berikutan cedera pangkal paha meskipun Blanc menyatakan, ia hanya satu tindakan berjaga-jaga menjelang pertembungan pusingan kedua Liga Juara-Juara menentang Chelsea di Paris, minggu depan.
- AFP

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Februari 2015 @ 9:07 AM