DUA kereta yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan pembaca
DUA kereta yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan pembaca
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my


NibongTebal: Dua kenderaan rentung dalam kemalangan di Kilometer 161.4 Lebuhraya PLUS arah Selatan, berhampiran Sungai Bakap, 2 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kedua-dua pemandu Perodua Kenari dan Myvi yang cedera dan melecur kini dirawat di Hospital Parit Buntar dan Hospital Seberang Jaya (HSJ).

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas Perodua Kenari terbabas di tengah jalan lalu dilanggar Myvi berkenaan dari arah belakang.

"Akibat kemalangan itu kedua-dua kenderaan berkenaan rentung dan pemandunya yang cedera dikejarkan ke hospital," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 12:03 PM